maksud perkataan

By kaukko anys on 9:25 PM

Filed Under:

1.KENYUMIK
Maksud: Senyum yang menampakkan sedikit lidah bersama dengan mimik muka ala-ala sejenis binatang yang tidak boleh disebut.
Contoh Ayat: Anuar Zink yang sedang menunggu bas telah berkenyumik kepada pakcik Gab yang sedang membawa anak kucingnya berjalan-jalan. Anak kucing pak cik Gab kemudian mati kerana kekenyumiktan si Anuar Zink berada pada tahap keburukan yang amat dasyat.

2.KUTILPUNYUT
Maksud: Perbuatan yang tidak disenangi oleh ketua kampung seperti menyiram kambing dengan air panas, membuat tatto pada badan lembu dan mengajak ayam pergi karaoke.
Contoh Ayat: Satu kampung tahu dengan perangai Roberto yang suka kutilpunyut binatang-binatang ternakan. Lalu satu jawatankuasa khas telah dirombak oleh orang kampung bagi membolehkan Roberto dikutilpunyut oleh ayam-ayam belaan makcik Rose.
3.TELUMPAK
Maksud: Membaling telur labi-labi ke arah orang yang sedang mengadakan ceramah perdana.
Contoh Ayat: "Kurang asam punya Ronaldo, ditelumpaknya aku dengan tetamu-tetamu kehormat sekali kena. Kalau yer pun jangan la marah sangat pasal aku nikah dengan janda dia." Kata Datuk Dr. Mat Hardi kepada penjaga tandas Central Market sambil menelumpak ke muka penjaga tandas tersebut.

4.KOLKOTUM
Maksud: Sejenis minuman ringan didalam tin perasa daun ketum yang akan membuatkan peminumnya buta huruf.
Contoh Ayat: Kerana terlalu banyak mengambil kolkotum yang berlebihan, seluruh penduduk Kg. ChuBadak terpaksa masuk tadika semula akibat sudah tidak tahu lagi membaca buku. Perbuatan seperti ini bolehlah diumpamakan seperti Karam dilaut boleh kurenang, Karam di hati nak bayar hutang. Karam Sinkh Walia untuk TV3.

5.SYIRUM
Maksud: Menyorok dari perbuatan yang menakutkan.
Contoh Ayat: Sipar Jepun yang sedang melarikan diri dari ceti telah mensyirum ke dalam kain pelikat ketua kampung yang sedang mengadakan kuliah subuh. Akibat dari perbuatan itu Sipar Jepun telah ditempeleng 8 kali kerana telah menjatuhkan martabat ketua kampung iaitu Makcik Sasuke

6.SPENTOT
Maksud: Spender yang menampakkan sedikit bontot.
Contoh Ayat: Semasa pakcik Bob menyertai pertandingan lari dalam guni peringkat kg. ChuBadak, dia terjatuh semasa mengambil korner tajam kemudian terguling-guling ke arah himpunan pelajar Pandu Puteri dan terpelanting keluar dari guninya. Lalu ternampaklah spentot lubang-lubangnya yang berjenama remona. Akibat dari kejadian itu, pakcik BOb sangat malu sehingga menarik diri dari melakonkan watak utama dalam drama Aku,Gab dan Hazami

0 comments for this post